Wednesday, November 30, 2011

rumah baru

"tahun depan, kita pindah kl. ayah dah jumpa rumah kosong" - bapak

aku angkat kening. apahal tiba-tiba nak pindah ntah?

"pindah rumah mana?" - aku

"ade rumah tu. kat Jalan Istana" - bapak

"eh? ada taman perumahan ke kat sana?" - aku

"bukan la. member ayah tu. dia dah tamat tempoh perkhidmatan. x lama lagi dia balik terengganu. lagipun nnt diorang ada rumah lain kt area Jalan Duta. nnt rumah yang kat Jalan Istana tu kosong xde orang tinggal" - bapak

*sigh


Saturday, November 26, 2011

rancang


one thing pasal bapak aku. otak penjimat tapi dia x reti jimat.

dia pernah rancang untuk wedding aku in future. yang ntah xtau bila. bapak nak buat buffet style. makanan semua letak kat satu meja besar. masa tu bapak aku sedang memetik beberapa nama jenis makanan.

"kat hujung meja tu, ada kaunter. sebelum makan, kena bayar."

-__________-"

Wednesday, November 16, 2011

spongebob

ada satu hari, aku cuci kereta. bapak aku memang baik hati belikan aku kereta tapi aku x boleh bawak balik kl selagi aku x kerja dan xde duit sendiri nak bayar monthly installment. masa aku nak cuci kereta, aku pelik tiba-tiba ada sticker spongebob kt bumper depan kereta aku. kereta aku warna biru, sticker warna kuning. memang obvious la kan?

jadi aku menyanyi lagu separa girang sambil cuci kereta. masa aku sedang meraba-raba body kereta sampai lah ke sticker spongebob tu, aku rasa ada scratches kt bawah sticker spongebob. deep scratches. aku tanya adik aku.

"ni siapa punya kerja?"
"bapak."

aku x tahu nak marah ke x. tapi kalau nak cover scratches dengan letak sticker spongebob on it, it's pretty cute. especially the spongebob sticker. since then, my car's name is spongy.

Wednesday, November 9, 2011

6 november 2011

it was his 51st birthday. right on Eidul-Adh.

pagi raya, aku kejut bapak bangun untuk sembahyang raya. dia bangun, dengan muka blur dan cakap "eh, dah tua aku hari ni." kemudian dia bangun dan capai bunga api. nyalakan, dan main bunga api sorang-sorang. dia mcm frust, anak-anak takde pun tunjukkan effort untuk celebrate birthday dia. walaupun dia x minta, tapi aku tahu.

lepas sembahyang raya, masa tengah makan-makan, aku dan adik-adik aku singing happy birthday song dengan 2 biji kek. dia senyum-senyum kambing sambil urut-urut dada. malu lettew.

now tell me, part mana yang aku rasa bapak aku memang cute.


Wednesday, November 2, 2011

result


bapak belek-belek adik punya report card.  banyak B. dan ada C dua tiga ketul. mama cakap result adik much more better daripada yang lepas-lepas. C berderet-deret macam rumah pangsa. siap ada D sebagai bonus.

"adik kena lari cepat sikit. A tu ada kat depan adik je" - bapak.

Saturday, October 29, 2011

lembu

bapak aku memang nakal masa dia kecik-kecik dulu. i mean, sangat nakal.

dulu, ada sorang ketua kampung pernah marah dia. petang tu, bila tok ketua pergi jenguk lembu-lembu dia yang bersepah-sepah kt kebun, terkejut besar dia. ada sekor lembu tok ketua dah bertukar warna jadi merah.

kerja bapak aku la tu. mujur adik beradik aku xde yang inherit kenakalan dia. nakal sikit ade la.

Tuesday, October 25, 2011

kerja

malam ahad. bapak aku baru balik dari kerja. kat tv tengah rancangan Ice Road Trucker kat history channel. dia diam je. penat agaknya.

aku pun tengok tv sama. tiba-tiba dia cakap "bapak nak pergi alaska la. bawak truck mcm diorang. lagipun bapak rasa bapak lebih berpotensi jadi pelakon berbanding diorang ni"

terpengaruh dengan tv.
=..="

Friday, September 9, 2011

kucing

ayah aku pernah cerita, masa kecik-kecik dulu, dia pernah campak sekor kucing ke dalam sungai. bila kucing tu berenang ke tebing, dia tangkap dan campak balik ke dalam sungai. again, sampai la kucing tu hanyut dek arus sungai.

dia geram sebab kucing tu suka masuk ke rumah dan berak merata-rata kat halaman rumah. ada ke patut? tapi sekarang ni dia menyesal betul. kami ada sekor kucing. nama dia latip. kami treat latip macam manusia. latip suka gigit-gigit manja betis orang. aku risau dia gigit-gigit. takut nanti aku jadi catwomen.

Wednesday, August 10, 2011

maaf

one thing about my father is, he's easily felt so guilty to something that i think it's okay. just like today.

he's suppose to bank in my weekly allowance yesterday. but somehow he get busy with his work stuff. and today i need to be somewhere in kuala selangor to finish my project. im kind of broke. but still got few bucks to fill in the petrol and sort of (luckily its ramadhan isn't it?). earlier this morning, i check my bank account and i believe my dad sort of busy. so i called him up. telling him that im going to kuala selangor. and he was "gosh! im really sorry.. tak jumpa atm machine.. busy...blablabla" then i said its ok. and he promise me to bank in right after i hang up my call.

few hours later, he called.

"sorry kakak, ayah tak bank in lagi duit. tiba-tiba atm machine kt damansara tak boleh guna. sorry sangat-sangat. kakak ade duit nak makan tak? hari ni jugak ayah cari bank. masukkan duit untuk kakak."

aku rasa macam ada habuk masuk mata. aku rindu dia.


lama

.
.
.
.
.
.
.
.
aku dah lama tak update "Anak Suhaimi" sebab aku dah lama tak jumpa bapak aku.
dan aku sebenarnya rindu dia.

Tuesday, July 26, 2011

rival

i dont really fancy getting mad to my dad. walaupun dia tipu aku ke, lempang-lempang manja masa aku baru bangun tido ke, apa ke. pada aku besar mana pun silap dia, he's forgiven.

cumanya, aku yang kadang-kadang terlupa bahawa takhta bapak aku sebenarnya jauh lebih tinggi daripada aku. dan aku rasa aku tak pernah tinggalkan dia dengan hati yang bengkak. aku sebenarnya mahu saja berkata maaf. tapi aku anggap dia dah faham. ada batu besar kt depan aku yang menghalang maaf itu directly keluar dari mulut aku.

cukup lah sekali. walaupun aku sekadar hempas pintu kereta. aku tahu dia kecil hati dengan aku. maaf ayah.

Friday, July 15, 2011

sms

1451 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..byk keje la.. huhu." - aku

1456 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..byk keje la. tamau." - aku

1503 hour
"jom g spore" - bapak
":-(" - aku

1512 hour
"jom g spore" - bapak
"xmau" - aku

1539 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..takboleh la ayah.." - aku

1547 hour
"x kasi duit" - bapak
"xpela. xyah makan" - aku

1550 hour
"jom g spore" - bapak
"ala.. takboleh la ayah.." - aku

1846 hour
"dah naik bas lum" - bapak
"ada kt clge. :-(" - aku




tahu apa aku rasa sekarang? aku rasa bersalah sangat-sangat. indeed. aku harap bapak aku selamat pergi dan selamat balik. aku dah start rindu dia.

Thursday, July 14, 2011

singapore

lokasi: aku di college. bapak somewhere in malaysia, kerja. aku sepatutnya ikut bapak aku punya plan, berhujung minggu di singapura. tapi malangnya, aku punya kerja menggunung di college. jadi selepas briefing untuk exhibition, aku call bapak untuk memberitahu dia yang aku tak dapat ikut sama. bapak diam.

masa aku dalam studio, bapak call lagi. 2 kali. aku tak pick up. sebab aku sedang take a nap. kemudian aku call bapak semula. aku tanya ada apa. dia kata,

"fikir-fikir kan la dulu."

demmit. aku tak suka bila bapak aku mula buat ayat kesian dia.

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0

bapak sedang baca surat khabar.

"haih budak-budak ni. spender pun masih mak bapak belikan. ape la yang diorang tahu pasal politik."

Sunday, July 3, 2011

on driving

dalam perjalanan. ke bandar mungkin. aku tak ingat. di depan, ada sebuah van warna putih dipandu perlahan. 50-60km/j. bapak is the man behind the wheel. mood; separa sabar. aku dengan beradik lain sedang sibuk headbanging lagu Beggin-Madcon. bapak cuba overtake van di depan, tapi ada kereta dari lane bertentangan. cancel. bapak cuba lagi. kali ni siap main-main minyak. sambil pandang slack kat driver van.

"patotla lembab. warna rambut dah sama dengan warna van pun nak driving lagi."

Thursday, June 30, 2011

bersalah

sungguh, aku rasa bersalah tinggalkan blog ni terbengkalai macam pisang goreng separuh masak. nak makan x sedap, nak buang sayang. aku sibuk menghambakan diri dengan kerja-kerja duniawi yang semakin hari semakin menyangkal keegoan seorang aku menjadi pelapis interior designer di negara ini. ya, sila muntah. aku sedang sewel berbekalkan presentation board yang tak siap lagi sedangkan final presentation adalah kurang daripada 3 jam. ya, aku memang selalu begini. update blog ketika seolah-olah tahi berada di hujung buntut.

aku getting tired day by day sambil berdoa duit jatuh dari langit. kalau duit takde, emas pun boleh la. takpun audi Q7 sebijik. ah, nanti takda duit pulak nak isi minyak.

entah apa aku merepek. ini adalah entry yang ditaip selama 2 minit tanpa memerlukan elaboration yang deep. sila menyesal selepas membaca ini. alah, siapa sangat yang baca blog comot aku ni.

Monday, June 13, 2011

hujan

bapak suruh pick up dia dari lokasi lebih kurang 500m dari rumah. cuaca gerimis-gerimis manja. itu tandanya kena bawak kereta. lagipun bila masa pulak aku pandai bawak motor? aku ambil kunci, start engine kereta. lebih kurang lepas 10 minit, aku sampai di lokasi.

"tadi hujan lebat ke?" - bapak
"eyh tak la. ni baru nak hujan."
"dah tu, apsal lembab sangat?"

baru 10 minit tunggu. itupun dah tak sabar. =="

Sunday, June 12, 2011

milo

acara minum-minum ringan selepas makan malam.

air milo sejag, air tangan anak nombor dua. and he take a sip.

"Huih! tak manis. kurang susu. bapak dulu buat air milo, milo satu senduk. susu 6 tin! tapi tin tu duduk sebelah je la..bukan masuk dalam jag."

dalam perlahan-lahan, bapak habiskan air milo. jaga hati anak. kadang-kadang dia memang orang tua yang sweet.

Tuesday, June 7, 2011

makan I

makan duduk bersila.

lepas makan mestilah kena kemas pinggan, letak kat sinki and somebody kena cuci pinggan. bapak on top list of paling malas angkat pinggan pergi dapur. walaupun pinggan dia sendiri. biasanya kalau lepas makan dia akan cakap,

"ha? ada apa? kejap. ada orang panggil."

..............dan terus masuk bilik.

Saturday, June 4, 2011

makan

makan duduk bersila.

"neng..ooo neng.. mari makan"

i never say a word when he called me "neng". he gave me a name that i cant argue about. dan aku membenarkan dia memanggil aku dengan bermacam-macam nama panggilan. yang pelik-pelik.

Thursday, June 2, 2011

shopping

di pasaraya.

rutin setiap ahad. belanja barang dapur. dan bapak aku mengeluarkan kad tertera nama pasaraya tersebut dan dihulurkan kepada cashier.

"ayah, kalau kita guna kad tu, kita dapat apa?" -aku

"5 tahun belanja barang dapur kat sini, boleh dapat voucher pergi haji."

Wednesday, June 1, 2011

adik I

adik aku sepatutnya pergi sekolah kerana ada kelas tambahan. tapi dia ponteng. entah macam mana, jari adik aku tersepit kat rim basikal. luka. kuku jarinya terpatah. teruk juga pada aku. malam, lepas bapak balik dari kerja, kononnya dia nak minta simpati.

"mana luka? bak sini playar!"

Tuesday, May 31, 2011

kereta I

di porch.

aku sibuk selenggara engine kereta. benda-benda biasa. check minyak hitam, coolen, bateri kereta, air wiper. sambil bising-bising tak tahu macam mana nak check air bateri. kemudian, aku masuk dalam rumah dan bawak keluar sebaldi kecil air paip, untuk refill air wiper.

"kak, kau guna air apa?" -bapak

"air paip la."

"guna la air masak. letak sabun sekali. nanti ada buih-buih sikit baru lah bersih cemin kereta tu" -bapak. dan dia senyum-senyum fishy sambil tengok astro sport.

Monday, May 30, 2011

kereta

di porch.

"kak, cuba kau tengok enjin kereta kau tu. entah ada lagi ke tidak."

sebenarnya dia suruh aku pergi tengok condition engine kereta. sebab dia malas.

cermin mata

malam, semasa bapak sibuk buat kira-kira di atas katil.

"bapak, i have one bad news and one good news. nak dengar mana dulu?"
bapak pura-pura tak dengar.

"bad news - bapak kena belikan kiah spek baru sebab kiah dah terhilangkan spek. and the good news is, kiah akan dapat spek baru. yeay!"
bapak pura-pura kena heart attack.
ya, pura-pura. selepas beberapa ketika.

"ada aku kisah?" - bapak.


Sunday, May 29, 2011

kerja

malam, semasa bapak sibuk buat kira-kira di atas katil.

"ayah, Kiah (bukan nama sebenar aku) nak kerja kat sabah boleh tak? give me 2 years."
"boleh. gaji rm4000 kan? rm500 bayar kereta, rm500 untuk mama, rm500 untuk ayah. baru rm1500. ada lagi rm2500. kat sabah nanti kau beli la kereta lain. nanti duit sekolah untuk adik-adik pun kau support sekali."

itu cara halus bapak tak mahu aku pergi. ataupun kalau betul-betul ikut kepala degil aku, pindah saja. bila lagi nak buat bapak rasa rindu separuh mati kat anak sendiri? sebenarnya, bapak tak mahu aku jauh dari dia. tapi untuk berkata, "tak boleh" kepada aku bunyinya seakan-akan berat.

Saturday, May 28, 2011

adik

tengah-tengah malam.

"adik kalau takut nak pergi bilik air, tunjuk je kote adik. hantu takut tengok kote"

adik aku yang lurus, ikut juga troll bapak aku. sebenarnya, bapak aku malas nak temankan adik aku pergi bilik air yang jauhnya cuma 5 tapak dari bilik tidur.

=.="

telefon

pagi, di rumah nenek

"hello? ha.. dah sampai mana?"

rumah aku dan rumah nenek aku cuma 40 mins drive. semasa aku cuti semester, aku kena bahagi-bahagi cuti supaya sama rata antara rumah nenek dan rumah aku. tapi, aku dah terlebih 2 hari di rumah nenek aku kerana perempuan kesayangan aku baru lepas bersalin anak sulung. setiap pagi, bapak aku akan call, tanya bila nak balik rumah dia. dan setiap pagi juga, dia ulang ayat yang sama.

kasut

ketika di kedai kasut

"Dik, kasut ni boleh beli sebelah je tak?"

sebenarnya kasut bapak aku cuma rosak sebelah. tapaknya haus. seperti kebanyakan bapa-bapa yang mengutamakan kebajikan anak-anak, padanya, kasut itu bukan perkara yang penting. dan kalau boleh, beli sebelah saja kalau yang sebelah lagi masih elok. membazir kan amalan syaitan.

prolog

inspired by #1 New York Times Bestseller
$#*! My Dad Says - Justin Halpern.

juga,

anakabubakar, di sini.




welcome aboard