Tuesday, July 26, 2011

rival

i dont really fancy getting mad to my dad. walaupun dia tipu aku ke, lempang-lempang manja masa aku baru bangun tido ke, apa ke. pada aku besar mana pun silap dia, he's forgiven.

cumanya, aku yang kadang-kadang terlupa bahawa takhta bapak aku sebenarnya jauh lebih tinggi daripada aku. dan aku rasa aku tak pernah tinggalkan dia dengan hati yang bengkak. aku sebenarnya mahu saja berkata maaf. tapi aku anggap dia dah faham. ada batu besar kt depan aku yang menghalang maaf itu directly keluar dari mulut aku.

cukup lah sekali. walaupun aku sekadar hempas pintu kereta. aku tahu dia kecil hati dengan aku. maaf ayah.

Friday, July 15, 2011

sms

1451 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..byk keje la.. huhu." - aku

1456 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..byk keje la. tamau." - aku

1503 hour
"jom g spore" - bapak
":-(" - aku

1512 hour
"jom g spore" - bapak
"xmau" - aku

1539 hour
"jom g spore" - bapak
"ala..takboleh la ayah.." - aku

1547 hour
"x kasi duit" - bapak
"xpela. xyah makan" - aku

1550 hour
"jom g spore" - bapak
"ala.. takboleh la ayah.." - aku

1846 hour
"dah naik bas lum" - bapak
"ada kt clge. :-(" - aku




tahu apa aku rasa sekarang? aku rasa bersalah sangat-sangat. indeed. aku harap bapak aku selamat pergi dan selamat balik. aku dah start rindu dia.

Thursday, July 14, 2011

singapore

lokasi: aku di college. bapak somewhere in malaysia, kerja. aku sepatutnya ikut bapak aku punya plan, berhujung minggu di singapura. tapi malangnya, aku punya kerja menggunung di college. jadi selepas briefing untuk exhibition, aku call bapak untuk memberitahu dia yang aku tak dapat ikut sama. bapak diam.

masa aku dalam studio, bapak call lagi. 2 kali. aku tak pick up. sebab aku sedang take a nap. kemudian aku call bapak semula. aku tanya ada apa. dia kata,

"fikir-fikir kan la dulu."

demmit. aku tak suka bila bapak aku mula buat ayat kesian dia.

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0

bapak sedang baca surat khabar.

"haih budak-budak ni. spender pun masih mak bapak belikan. ape la yang diorang tahu pasal politik."

Sunday, July 3, 2011

on driving

dalam perjalanan. ke bandar mungkin. aku tak ingat. di depan, ada sebuah van warna putih dipandu perlahan. 50-60km/j. bapak is the man behind the wheel. mood; separa sabar. aku dengan beradik lain sedang sibuk headbanging lagu Beggin-Madcon. bapak cuba overtake van di depan, tapi ada kereta dari lane bertentangan. cancel. bapak cuba lagi. kali ni siap main-main minyak. sambil pandang slack kat driver van.

"patotla lembab. warna rambut dah sama dengan warna van pun nak driving lagi."