Thursday, June 30, 2011

bersalah

sungguh, aku rasa bersalah tinggalkan blog ni terbengkalai macam pisang goreng separuh masak. nak makan x sedap, nak buang sayang. aku sibuk menghambakan diri dengan kerja-kerja duniawi yang semakin hari semakin menyangkal keegoan seorang aku menjadi pelapis interior designer di negara ini. ya, sila muntah. aku sedang sewel berbekalkan presentation board yang tak siap lagi sedangkan final presentation adalah kurang daripada 3 jam. ya, aku memang selalu begini. update blog ketika seolah-olah tahi berada di hujung buntut.

aku getting tired day by day sambil berdoa duit jatuh dari langit. kalau duit takde, emas pun boleh la. takpun audi Q7 sebijik. ah, nanti takda duit pulak nak isi minyak.

entah apa aku merepek. ini adalah entry yang ditaip selama 2 minit tanpa memerlukan elaboration yang deep. sila menyesal selepas membaca ini. alah, siapa sangat yang baca blog comot aku ni.

Monday, June 13, 2011

hujan

bapak suruh pick up dia dari lokasi lebih kurang 500m dari rumah. cuaca gerimis-gerimis manja. itu tandanya kena bawak kereta. lagipun bila masa pulak aku pandai bawak motor? aku ambil kunci, start engine kereta. lebih kurang lepas 10 minit, aku sampai di lokasi.

"tadi hujan lebat ke?" - bapak
"eyh tak la. ni baru nak hujan."
"dah tu, apsal lembab sangat?"

baru 10 minit tunggu. itupun dah tak sabar. =="

Sunday, June 12, 2011

milo

acara minum-minum ringan selepas makan malam.

air milo sejag, air tangan anak nombor dua. and he take a sip.

"Huih! tak manis. kurang susu. bapak dulu buat air milo, milo satu senduk. susu 6 tin! tapi tin tu duduk sebelah je la..bukan masuk dalam jag."

dalam perlahan-lahan, bapak habiskan air milo. jaga hati anak. kadang-kadang dia memang orang tua yang sweet.

Tuesday, June 7, 2011

makan I

makan duduk bersila.

lepas makan mestilah kena kemas pinggan, letak kat sinki and somebody kena cuci pinggan. bapak on top list of paling malas angkat pinggan pergi dapur. walaupun pinggan dia sendiri. biasanya kalau lepas makan dia akan cakap,

"ha? ada apa? kejap. ada orang panggil."

..............dan terus masuk bilik.

Saturday, June 4, 2011

makan

makan duduk bersila.

"neng..ooo neng.. mari makan"

i never say a word when he called me "neng". he gave me a name that i cant argue about. dan aku membenarkan dia memanggil aku dengan bermacam-macam nama panggilan. yang pelik-pelik.

Thursday, June 2, 2011

shopping

di pasaraya.

rutin setiap ahad. belanja barang dapur. dan bapak aku mengeluarkan kad tertera nama pasaraya tersebut dan dihulurkan kepada cashier.

"ayah, kalau kita guna kad tu, kita dapat apa?" -aku

"5 tahun belanja barang dapur kat sini, boleh dapat voucher pergi haji."

Wednesday, June 1, 2011

adik I

adik aku sepatutnya pergi sekolah kerana ada kelas tambahan. tapi dia ponteng. entah macam mana, jari adik aku tersepit kat rim basikal. luka. kuku jarinya terpatah. teruk juga pada aku. malam, lepas bapak balik dari kerja, kononnya dia nak minta simpati.

"mana luka? bak sini playar!"