Tuesday, May 31, 2011

kereta I

di porch.

aku sibuk selenggara engine kereta. benda-benda biasa. check minyak hitam, coolen, bateri kereta, air wiper. sambil bising-bising tak tahu macam mana nak check air bateri. kemudian, aku masuk dalam rumah dan bawak keluar sebaldi kecil air paip, untuk refill air wiper.

"kak, kau guna air apa?" -bapak

"air paip la."

"guna la air masak. letak sabun sekali. nanti ada buih-buih sikit baru lah bersih cemin kereta tu" -bapak. dan dia senyum-senyum fishy sambil tengok astro sport.

Monday, May 30, 2011

kereta

di porch.

"kak, cuba kau tengok enjin kereta kau tu. entah ada lagi ke tidak."

sebenarnya dia suruh aku pergi tengok condition engine kereta. sebab dia malas.

cermin mata

malam, semasa bapak sibuk buat kira-kira di atas katil.

"bapak, i have one bad news and one good news. nak dengar mana dulu?"
bapak pura-pura tak dengar.

"bad news - bapak kena belikan kiah spek baru sebab kiah dah terhilangkan spek. and the good news is, kiah akan dapat spek baru. yeay!"
bapak pura-pura kena heart attack.
ya, pura-pura. selepas beberapa ketika.

"ada aku kisah?" - bapak.


Sunday, May 29, 2011

kerja

malam, semasa bapak sibuk buat kira-kira di atas katil.

"ayah, Kiah (bukan nama sebenar aku) nak kerja kat sabah boleh tak? give me 2 years."
"boleh. gaji rm4000 kan? rm500 bayar kereta, rm500 untuk mama, rm500 untuk ayah. baru rm1500. ada lagi rm2500. kat sabah nanti kau beli la kereta lain. nanti duit sekolah untuk adik-adik pun kau support sekali."

itu cara halus bapak tak mahu aku pergi. ataupun kalau betul-betul ikut kepala degil aku, pindah saja. bila lagi nak buat bapak rasa rindu separuh mati kat anak sendiri? sebenarnya, bapak tak mahu aku jauh dari dia. tapi untuk berkata, "tak boleh" kepada aku bunyinya seakan-akan berat.

Saturday, May 28, 2011

adik

tengah-tengah malam.

"adik kalau takut nak pergi bilik air, tunjuk je kote adik. hantu takut tengok kote"

adik aku yang lurus, ikut juga troll bapak aku. sebenarnya, bapak aku malas nak temankan adik aku pergi bilik air yang jauhnya cuma 5 tapak dari bilik tidur.

=.="

telefon

pagi, di rumah nenek

"hello? ha.. dah sampai mana?"

rumah aku dan rumah nenek aku cuma 40 mins drive. semasa aku cuti semester, aku kena bahagi-bahagi cuti supaya sama rata antara rumah nenek dan rumah aku. tapi, aku dah terlebih 2 hari di rumah nenek aku kerana perempuan kesayangan aku baru lepas bersalin anak sulung. setiap pagi, bapak aku akan call, tanya bila nak balik rumah dia. dan setiap pagi juga, dia ulang ayat yang sama.

kasut

ketika di kedai kasut

"Dik, kasut ni boleh beli sebelah je tak?"

sebenarnya kasut bapak aku cuma rosak sebelah. tapaknya haus. seperti kebanyakan bapa-bapa yang mengutamakan kebajikan anak-anak, padanya, kasut itu bukan perkara yang penting. dan kalau boleh, beli sebelah saja kalau yang sebelah lagi masih elok. membazir kan amalan syaitan.

prolog

inspired by #1 New York Times Bestseller
$#*! My Dad Says - Justin Halpern.

juga,

anakabubakar, di sini.




welcome aboard