Tuesday, September 25, 2012

manggis

bapak, paling nakal dalam 8 beradik. masa kecik-kecik membesar kat kampung. suatu hari, bapak pergi rembat buah manggis dengan geng-geng.

masalahnya bapak malas panjat pokok.

"weh, buah yang kaler hitam tu kau jangan makan. itu dah busuk. kau buang ke bawah" - bapak

si tolol, duduk atas pokok manggis, makan buah kaler hijau. balik rumah, semua kena sebat.

Thursday, September 20, 2012

kucing

dulu bapak aku ada bela kucing. alah, bukan bela betul-betul. kucing datang rumah. bila bapak aku bagi makan hari-hari, kucing tu dah jadi kucing bela.

suatu hari, kucing sakit. macam demam.

bapak aku patahkan panadol. separuh. kemudian, larutkan dalam air sikit. bagi cair.

bagi kucing makan ubat.

esoknya, kucing mati berbuih.

Monday, September 17, 2012

short, quick update (part II)

alhamdulillah,

mujur cepat dapat kesan penyakit bapak.
sekarang bapak dah boleh joget2 siap main teng teng.

lega hati.

Wednesday, September 12, 2012

short, quick update

wednesday, 12 sept 2012.
petang

adik aku call.

"bapak masuk hospital."

aku seram sejuk.

Thursday, September 6, 2012

kampung bapak

hujung minggu.
singgah kampung bapak. orang tua dah tak ada.
sebelum sampai, ada jambatan merentasi sungai.

"bapak dulu pernah berkubang kat sungai ni tak?" - aku

"tak"

"habis dulu bapak berkubang kat mana?"

"dulu tu. kat amerika"

pffrt. kelakar sangat lah tu.

Monday, September 3, 2012

open house

hari sabtu malam. aku pergi open house rumah student. 2 rumah
sampai rumah, jam hampir ke angka 11.

lepas park kereta, aku tengok pintu rumah bertutup rapat.
aku bagi salam, sekali. dua kali. kemudian aku ketuk pintu panggil mama.

mama bukak pintu. aku nampak bapak duduk menghadap tv.
bapak toleh aku,
"asal balik mabuk, asal balik mabuk. esok aku nak kau keluar mabuk, balik tak mabuk."

pengaruh tv betul la bapak aku ni.

Tuesday, August 28, 2012

almost September 2012

could you believe it's almost fucking September? the last time I write in here is on beautiful February.

anak bapak busy sekolah, bapak pulak busy bekerja. fair enough kan reason aku tak blogging kt sini. sama ada aku lupa password, ataupun aku sebenarnya lupa bahawa aku ada blog, ataupun aku memang sebenar-benarnya sibuk, itu hanya Tuhan saja yang tahu.

jadi sebagai pengenalan di lembaran baru selepas Aidilfitri ini, aku memohon maaf kepada reader(s) *hihihihih...* dan kepada sesiapa yang membaca post ini *hihihihihihi....*. sorry aku tak tahan gelak sebab bajet ada reader melainkan ghost. yes, you.

Selamat Hari Raya yang keberapa belas.

Saturday, February 18, 2012

slim

"dulu masa ayah baru anak dua orang, ayah slim jek." - bapak

"tapi tu lah. dulu slim fit. sekarang slim fat" - bapak jugak.

Thursday, January 26, 2012

switch

bapak aku memang pesen tak boleh pegang remote astro. the channel will be keep switching to another channel. dan aku selaku anak yang turut melangut tengok tv, feel disturbed. tiba-tiba, ayah aku stay kat channel B4U. ada cerita hindustan

"kan ada banyak channel lain" - aku

"suka hati aku la. aku yang bayar astro." - bapak

aku angkat kaki. sentap.

Saturday, January 21, 2012

kipas

adik aku masuk rumah. terus turn on kipas kat ruang tamu. bapak tengah tengok tv.

"slow sikit tv tu dik. bocor dada ayah ni nanti"