Wednesday, November 30, 2011

rumah baru

"tahun depan, kita pindah kl. ayah dah jumpa rumah kosong" - bapak

aku angkat kening. apahal tiba-tiba nak pindah ntah?

"pindah rumah mana?" - aku

"ade rumah tu. kat Jalan Istana" - bapak

"eh? ada taman perumahan ke kat sana?" - aku

"bukan la. member ayah tu. dia dah tamat tempoh perkhidmatan. x lama lagi dia balik terengganu. lagipun nnt diorang ada rumah lain kt area Jalan Duta. nnt rumah yang kat Jalan Istana tu kosong xde orang tinggal" - bapak

*sigh


Saturday, November 26, 2011

rancang


one thing pasal bapak aku. otak penjimat tapi dia x reti jimat.

dia pernah rancang untuk wedding aku in future. yang ntah xtau bila. bapak nak buat buffet style. makanan semua letak kat satu meja besar. masa tu bapak aku sedang memetik beberapa nama jenis makanan.

"kat hujung meja tu, ada kaunter. sebelum makan, kena bayar."

-__________-"

Wednesday, November 16, 2011

spongebob

ada satu hari, aku cuci kereta. bapak aku memang baik hati belikan aku kereta tapi aku x boleh bawak balik kl selagi aku x kerja dan xde duit sendiri nak bayar monthly installment. masa aku nak cuci kereta, aku pelik tiba-tiba ada sticker spongebob kt bumper depan kereta aku. kereta aku warna biru, sticker warna kuning. memang obvious la kan?

jadi aku menyanyi lagu separa girang sambil cuci kereta. masa aku sedang meraba-raba body kereta sampai lah ke sticker spongebob tu, aku rasa ada scratches kt bawah sticker spongebob. deep scratches. aku tanya adik aku.

"ni siapa punya kerja?"
"bapak."

aku x tahu nak marah ke x. tapi kalau nak cover scratches dengan letak sticker spongebob on it, it's pretty cute. especially the spongebob sticker. since then, my car's name is spongy.

Wednesday, November 9, 2011

6 november 2011

it was his 51st birthday. right on Eidul-Adh.

pagi raya, aku kejut bapak bangun untuk sembahyang raya. dia bangun, dengan muka blur dan cakap "eh, dah tua aku hari ni." kemudian dia bangun dan capai bunga api. nyalakan, dan main bunga api sorang-sorang. dia mcm frust, anak-anak takde pun tunjukkan effort untuk celebrate birthday dia. walaupun dia x minta, tapi aku tahu.

lepas sembahyang raya, masa tengah makan-makan, aku dan adik-adik aku singing happy birthday song dengan 2 biji kek. dia senyum-senyum kambing sambil urut-urut dada. malu lettew.

now tell me, part mana yang aku rasa bapak aku memang cute.


Wednesday, November 2, 2011

result


bapak belek-belek adik punya report card.  banyak B. dan ada C dua tiga ketul. mama cakap result adik much more better daripada yang lepas-lepas. C berderet-deret macam rumah pangsa. siap ada D sebagai bonus.

"adik kena lari cepat sikit. A tu ada kat depan adik je" - bapak.